KLINIK MEKAR24 JAM · SERDANG
BM EN
WhatsApp

KLINIK MEKAR 24 JAM

Your Health Is Our Priority

Pembedahan kecil, sunat & rawatan sendi, terus di klinik.

Klinik am 24 jam di Seri Kembangan. Kebanyakan prosedur dibuat dengan bius setempat dan pesakit pulang pada hari yang sama.

Hubungi kami

03-8957 9578 +6011 6999 9443

Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan · Parking mudah

Pembedahan kecilMINOR SURGERY

Benjolan, masalah kulit, jangkitan dan luka dirawat di klinik, kebanyakannya dengan bius setempat. Masa ialah anggaran untuk prosedur itu sahaja. Tekan mana-mana rawatan untuk butiran.

Benjolan & ketumbuhan

Sista & lipomaBenjolan bawah kulit · lumps and bumps Benjolan di bawah kulit yang membesar, mengganggu, berbau atau berulang kali bengkak Bius: SetempatMasa: ±20–45 minit

Apa itu

Benjolan dikeluarkan melalui hirisan kecil. Untuk sista, doktor berusaha mengeluarkan sista bersama kapsulnya supaya risiko ia tumbuh semula lebih rendah. Tisu boleh dihantar ke makmal untuk pemeriksaan jika perlu.

Selepas rawatan

  • Pulang pada hari yang sama
  • Pastikan luka kering dan bersih
  • Temujanji susulan untuk buka jahitan
Tahi lalatMole removal Tahi lalat atau tompok kulit yang berubah saiz atau warna, tersangkut pada pakaian, atau atas sebab kosmetik Bius: SetempatMasa: ±20–30 minit

Apa itu

Tahi lalat dibuang sepenuhnya dan luka dijahit halus. Tisu boleh dihantar ke makmal untuk memastikan ia bukan kanser kulit.

Selepas rawatan

  • Pulang pada hari yang sama
  • Pastikan luka kering dan bersih
  • Susulan untuk buka jahitan dan keputusan makmal
GanglionBenjolan di pergelangan atau tangan Benjolan lembut berisi cecair di pergelangan, tangan atau kaki, kadang-kadang sakit Bius: SetempatMasa: ±20–40 minit

Apa itu

Cecair boleh disedut keluar dengan jarum, atau ganglion dibuang sepenuhnya melalui pembedahan kecil jika ia berulang atau mengganggu.

Selepas rawatan

  • Pulang pada hari yang sama
  • Balut dan rehatkan sendi untuk beberapa hari
  • Susulan untuk semak luka

Kulit

Skin tagKetumbuhan kulit kecil Ketumbuhan kulit kecil yang bergantung di leher, ketiak, kelopak mata atau celah peha Bius: SetempatMasa: ±10–20 minit

Apa itu

Skin tag dipotong atau dibuang dengan elektrokauteri. Beberapa skin tag boleh dibuang dalam satu sesi.

Selepas rawatan

  • Luka kecil biasanya sembuh dalam 1–2 minggu
  • Sapukan salap mengikut arahan
  • Elakkan menggaru atau mengopek
KetuatWart removal Ketuat di tangan, kaki atau muka yang tidak hilang atau semakin merebak Bius: SetempatMasa: ±10–20 minit

Apa itu

Ketuat dibuang dengan elektrokauteri atau kaedah lain yang sesuai. Ketuat yang degil atau banyak mungkin memerlukan lebih daripada satu sesi.

Selepas rawatan

  • Luka kering dalam 1–2 minggu
  • Jangan kopek kudis
  • Datang semula jika ketuat tumbuh semula
KeloidParut timbul · suntikan atau buang Parut yang timbul, gatal atau membesar melebihi luka asal, contohnya selepas tindik atau pembedahan Bius: SetempatMasa: ±15–30 minit

Apa itu

Suntikan steroid terus ke dalam keloid untuk melembutkan dan mengecilkannya, biasanya beberapa sesi setiap 4–6 minggu. Keloid yang besar boleh dibuang dan disusuli dengan suntikan untuk mengurangkan risiko tumbuh semula.

Selepas rawatan

  • Pulang terus selepas suntikan
  • Ikut jadual suntikan yang ditetapkan
  • Susulan untuk menilai hasil

Mata, muka & telinga

ChalazionBenjolan kelopak mata Benjolan pada kelopak mata yang tidak hilang selepas beberapa minggu tuam panas Bius: SetempatMasa: ±20 minit

Apa itu

Kelenjar minyak kelopak mata yang tersumbat dibuka dan dibersihkan dari bahagian dalam kelopak, jadi biasanya tiada parut yang kelihatan.

Selepas rawatan

  • Mata mungkin ditutup dengan pad untuk beberapa jam
  • Ubat titis atau salap mata mengikut arahan doktor
  • Lebam ringan biasanya hilang dalam beberapa hari
XanthelasmaTompok kuning di kelopak mata Tompok kekuningan yang rata atau sedikit timbul di sekitar kelopak mata Bius: SetempatMasa: ±30 minit

Apa itu

Tompok dibuang dan luka dijahit halus. Xanthelasma kadangkala berkait dengan paras kolesterol, jadi doktor mungkin mencadangkan ujian darah sekali.

Selepas rawatan

  • Pulang pada hari yang sama
  • Sapukan salap mengikut arahan
  • Temujanji susulan untuk buka jahitan
Cuping telinga koyakEarlobe repair Cuping telinga yang koyak atau lubang tindik yang terlalu besar Bius: SetempatMasa: ±30–45 minit

Apa itu

Tepi koyakan dirapikan dan cuping dijahit semula supaya kembali tertutup. Telinga boleh ditindik semula selepas sembuh sepenuhnya.

Selepas rawatan

  • Pulang pada hari yang sama
  • Pastikan luka kering dan bersih
  • Buka jahitan selepas kira-kira seminggu

Jangkitan, luka & lain-lain

Abses / bisulIncision & drainage Bengkak bernanah yang merah, panas dan sakit Bius: SetempatMasa: ±15–30 minit

Apa itu

Abses dibuka, nanah dikeluarkan, kemudian rongga dibersihkan dan dibalut. Ia boleh dibuat bila-bila masa kerana klinik buka 24 jam.

Selepas rawatan

  • Cuci dan tukar balutan mengikut jadual
  • Antibiotik jika perlu
  • Susulan sehingga luka sembuh
Jahit luka & buang benda asingLaceration repair Luka terbuka yang perlu dijahit, atau serpihan, duri atau kaca yang tertanam dalam kulit Bius: SetempatMasa: ±15–45 minit

Apa itu

Luka dibersihkan, diperiksa dan dijahit. Benda asing dikeluarkan dan luka dicuci untuk mengelakkan jangkitan. Suntikan tetanus diberi jika perlu.

Selepas rawatan

  • Pastikan luka kering 24–48 jam pertama
  • Buka jahitan selepas 5–14 hari, ikut lokasi luka
  • Datang semula jika luka merah atau bengkak
Kuku cengkamKuku masuk isi · ingrown toenail Tepi kuku kaki yang mencengkam ke dalam kulit, sakit, bengkak atau bernanah, termasuk kes yang berulang selepas rawatan dahulu Bius: SetempatMasa: ±30–60 minit

Pilihan rawatan

  • Partial nail avulsionTepi kuku yang mencengkam sahaja dibuang (wedge resection).
  • Total nail avulsionSeluruh kuku dibuang bila kedua-dua tepi terlibat atau jangkitan teruk. Kuku baru tumbuh dalam beberapa bulan.

Untuk kes berulang

  • WinogradTepi kuku dibuang bersama akarnya dan lipatan kulit di sisi itu, supaya tepi itu tidak tumbuh ke dalam lagi.
  • SpiculectomySerpihan kuku (spikula) yang tertinggal dan tumbuh ke dalam kulit dibuang bersama akarnya.
  • VandenbosLebihan tisu lembut di sekeliling kuku dibuang supaya kuku tumbuh bebas tanpa menekan kulit. Kuku dikekalkan.
  • ZadekSeluruh akar kuku dibuang (total matrixectomy) supaya kuku tidak tumbuh semula, untuk kes berulang yang teruk.

Selepas rawatan

  • Pulang pada hari yang sama
  • Pakai selipar atau kasut longgar beberapa hari
  • Tukar balutan mengikut arahan
  • Susulan untuk semak luka dan jahitan jika ada

Doktor akan memilih kaedah mengikut keadaan kuku, berapa kali ia berulang dan rawatan yang pernah anda terima.

Tongue-tieLidah terikat · frenotomi Bayi yang susah menyusu, atau kanak-kanak yang lidahnya terikat ke lantai mulut Bius: Setempat jika perluMasa: ±10 minit

Apa itu

Tali halus di bawah lidah (frenulum) dipotong supaya lidah boleh bergerak dengan bebas. Untuk bayi kecil prosedur ini sangat ringkas dan bayi boleh menyusu sejurus selepasnya.

Selepas rawatan

  • Pulang terus selepas prosedur
  • Latihan gerakan lidah jika dinasihatkan
  • Susulan untuk semak penyusuan atau pertuturan
GinekomastiaGynecomastia Pembesaran tisu payudara pada lelaki yang tidak hilang dan membuatkan anda tidak selesa Bius: SetempatMasa: Selepas penilaian

Apa itu

Tisu kelenjar yang berlebihan dikeluarkan melalui hirisan kecil. Doktor akan memeriksa punca dan saiz dahulu, kerana sebahagian kes berkait dengan ubat atau hormon dan perlu dirawat secara berbeza.

Selepas rawatan

  • Pakai baju mampatan seperti yang dinasihatkan
  • Elakkan aktiviti berat untuk beberapa minggu
  • Temujanji susulan untuk semak luka

Sedia untuk buang benjolan atau masalah kulit? Tempah slot prosedur dalam talian, atau WhatsApp gambar dahulu untuk nasihat doktor.

Sunat bayi, kanak-kanak & dewasa, serta pembaikanCIRCUMCISION CENTRE

Klinik Mekar juga pusat sunat untuk semua peringkat umur. Kami menawarkan beberapa kaedah, dan doktor akan mencadangkan yang paling sesuai mengikut umur, saiz dan keadaan kulup semasa konsultasi.

Untuk siapa

  • BayiSeawal umur seminggu. Kaedah ring sering digunakan.
  • Kanak-kanakIbu bapa boleh berbincang tentang umur dan kaedah yang sesuai sebelum hari sunat.
  • Remaja & dewasaUntuk sebab agama atau perubatan, dengan privasi terjaga.
  • MualafSunat dewasa untuk saudara baru, diterangkan sepenuhnya dalam suasana yang selesa.

Rawatan berkaitan

  • Fimosis & parafimosisKulup ketat yang tidak boleh ditarik, atau tersangkut di belakang kepala zakar.
  • Jangkitan berulangBalanitis atau kemerahan kepala zakar yang kerap berulang.
  • Buried penisZakar tenggelam dalam lemak atau kulit. Doktor menilai sama ada sunat sesuai atau perlu dirujuk kepada pakar.
  • FrenuloplastyTali di bawah kepala zakar yang pendek dan menyebabkan sakit atau koyak.
  • Pembaikan & adjustmentKulup berlebihan, kulit terlekat, skin bridge, bentuk tidak sekata atau parut ketat dari sunat terdahulu.
  • Buang bearingManik atau objek di bawah kulit zakar dikeluarkan dengan bius setempat, secara sulit.
  • Masalah selepas sunatBengkak, pendarahan atau jangkitan selepas sunat, walaupun dibuat di tempat lain.
  • Khatan beramai-ramaiProgram untuk sekolah, masjid, NGO dan syarikat. Hubungi kami untuk tarikh dan pakej.

Pilihan kaedah

KaedahCaraPenutupan lukaBiasanya untuk
KonvensionalDorsal slit Kulup dibuka dengan hirisan dorsal slit, dipotong dengan teliti dan dijahit. Benang yang larut sendiri Semua umur
Clamp Pengapit plastik memandu potongan supaya sekata dan dibiarkan beberapa hari sehingga luka bertaut. Pengapit dibuka pada temujanji susulan. Biasanya tanpa jahitan Kanak-kanak & dewasa
Laser / elektrokauteriMonopolar Alat elektrokauteri (biasa dipanggil "laser") memotong kulup dan menghentikan pendarahan serentak. Benang yang larut sendiri Kanak-kanak & dewasa
Bipolar diathermyKawalan pendarahan tepat Arus elektrik hanya mengalir di antara dua hujung forsep, jadi saluran darah kecil ditutup dengan tepat dan haba tidak merebak jauh ke tisu sekitar. Benang yang larut sendiri Semua umur
Ring Cincin plastik dipasang di bawah kulup. Kulup lebihan kering dan tertanggal sendiri bersama cincin dalam kira-kira 7 hingga 10 hari. Tiada jahitan Bayi & kanak-kanak kecil
Stapler Alat stapler pakai buang memotong dan menutup luka dalam satu langkah. Staple halus yang tanggal sendiri semasa sembuh Remaja & dewasa

Tidak pasti kaedah mana yang sesuai? Semua kaedah dibuat dengan bius setempat dan pesakit pulang pada hari yang sama. Doktor akan terangkan kelebihan, penjagaan luka dan kos setiap pilihan sebelum anda membuat keputusan.

Suntikan & pembedahan MSKSENDI · OTOT · TENDON

Untuk sakit sendi, tendon dan saraf yang tidak baik dengan ubat biasa. Doktor akan memeriksa dahulu dan menerangkan sama ada suntikan, pembedahan kecil atau senaman paling sesuai.

Trigger fingerJari tersangkut Jari tersangkut, berbunyi atau sakit di pangkal jari bila dibengkokkan dan diluruskan Rawatan: Suntikan atau releaseMasa: ±15–20 minit

Pilihan rawatan

Kes awal selalunya baik dengan suntikan ke sarung tendon. Jika jari masih tersangkut, hirisan kecil di tapak tangan dibuat dengan bius setempat untuk melepaskan sarung tendon yang ketat (trigger finger release).

Selepas rawatan

  • Pulang pada hari yang sama
  • Gerakkan jari perlahan-lahan seperti yang diajar
  • Temujanji susulan untuk semakan atau buka jahitan
Carpal tunnelTangan kebas Kebas atau semutan di ibu jari hingga jari manis, terutama waktu malam, dan genggaman jadi lemah Rawatan: Suntikan atau releaseMasa: ±15–30 minit

Pilihan rawatan

Kes ringan boleh dirawat dengan pendakap pergelangan dan suntikan. Jika kebas berterusan atau tangan makin lemah, ligamen di pergelangan dipotong dengan bius setempat untuk melegakan tekanan pada saraf (carpal tunnel release).

Selepas rawatan

  • Pulang pada hari yang sama
  • Angkat tangan lebih tinggi daripada jantung untuk kurangkan bengkak
  • Temujanji susulan untuk cuci luka dan buka jahitan
Frozen shoulderBahu beku Bahu sakit dan kaku sehingga susah angkat tangan, sikat rambut atau pakai baju Rawatan: Suntikan bahuMasa: ±15 minit

Pilihan rawatan

Suntikan ke dalam sendi bahu mengurangkan radang dan sakit, supaya anda boleh mula bersenam untuk melonggarkan bahu. Doktor juga akan memeriksa punca lain seperti kecederaan tendon.

Selepas rawatan

  • Pulang terus selepas suntikan
  • Mulakan senaman regangan yang diajar
  • Susulan untuk menilai pergerakan bahu
Sakit lututOsteoartritis · knee pain Lutut sakit, bengkak atau berbunyi, susah naik tangga atau bangun dari duduk Rawatan: Suntikan lututMasa: ±15 minit

Pilihan rawatan

Ubat disuntik terus ke dalam sendi lutut untuk mengurangkan sakit dan radang. Doktor akan menerangkan jenis suntikan yang sesuai dengan keadaan lutut anda, bersama senaman untuk menguatkan otot paha.

Selepas rawatan

  • Pulang terus selepas suntikan
  • Rehatkan lutut untuk satu hingga dua hari
  • Susulan untuk menilai hasil dan senaman
Plantar fasciitisSakit tumit Sakit di tapak kaki bahagian tumit, paling teruk pada langkah pertama waktu pagi Rawatan: Suntikan tumitMasa: ±15 minit

Pilihan rawatan

Suntikan di kawasan tumit mengurangkan radang pada tisu tapak kaki. Ia digabungkan dengan regangan betis dan tapak kaki serta nasihat tentang kasut yang sesuai.

Selepas rawatan

  • Boleh berjalan pulang selepas suntikan
  • Elakkan berdiri lama untuk beberapa hari
  • Teruskan regangan setiap pagi

Sakit sendi atau otot lain? Contohnya siku, pergelangan atau pinggul. WhatsApp kami dan terangkan masalahnya, doktor akan beritahu sama ada ia boleh dirawat di klinik.

UltrasoundIMBASAN

Imbasan ultrasound terus di klinik, untuk kehamilan dan pemeriksaan organ. Doktor menerangkan hasil imbasan kepada anda selepas pemeriksaan.

  • Temujanji
  • Walk-in

Kehamilan

  • Gender scandari ±16 minggu
  • 2D growth scanpertumbuhan bayi
  • Detail scan±18–22 minggu
  • 4D / 5D scan±26–32 minggu

Organ & am

  • Whole abdomen
  • Buah pinggang (KUB)
  • Pelvik
  • Hepatobiliaryhati, pundi hempedu
  • Tiroid
  • Muskuloskeletal

GP & perubatan keluarga24/7

Klinik keluarga untuk semua peringkat umur, buka 24 jam termasuk cuti umum. Datang terus tanpa temujanji.

  • Demam, batuk & selsemaDewasa dan kanak-kanak
  • Luka & jahitanCuci luka, jahitan, balutan
  • Asma & semputRawatan nebulizer
  • Penyakit kronikDarah tinggi, kencing manis, kolesterol
  • Ujian darahKeputusan diterangkan oleh doktor
  • Sijil sakit (MC)Selepas pemeriksaan doktor

Sakit dada, sesak nafas teruk atau tidak sedarkan diri? Hubungi 999 atau pergi terus ke unit kecemasan hospital terdekat.

Wanita & kanak-kanakO&G · PEDIATRIK

Dirawat oleh doktor yang berpengalaman dalam O&G dan pediatrik.

  • Kehamilan awalUjian dan pemeriksaan kehamilan
  • Perancang keluargaNasihat dan pilihan kontraseptif
  • Kesihatan wanitaMasalah haid dan pemeriksaan
  • Bayi & kanak-kanakDemam, batuk, ruam, cirit-birit
  • Tumbesaran anakBerat, tinggi dan perkembangan
  • Sunat kanak-kanakLihat pilihan kaedah

Doktor: Dr. Ashekin · Dr. Nusaibatul

Kesihatan pekerjaanOHD

Pemeriksaan dan penilaian oleh Occupational Health Doctor (OHD) untuk pekerja dan majikan.

  • Pemeriksaan pra-pekerjaanSebelum mula bekerja
  • Pemeriksaan berkalaUntuk pekerja sedia ada
  • Kecergasan bekerjaFitness to work
  • Kembali bekerjaSelepas sakit atau kecederaan
  • Pengawasan perubatanMedical surveillance

Doktor: Dr. Husain Ariff (OHD)

Majikan: tanya tentang pakej syarikat

Pusat wellnessWELLNESS

Program kesihatan jangka panjang yang diselia doktor, dari berat badan hingga saringan berkala.

  • Pengurusan berat badanPenilaian doktor, ujian darah dan rawatan suntikan mingguan jika sesuai
  • Saringan kesihatanPakej ujian darah menyeluruh
  • Pemantauan berkalaGula, tekanan darah dan kolesterol
  • Gaya hidupNasihat pemakanan dan senaman

Rawatan ubat hanya diberi selepas penilaian doktor dan jika sesuai dengan keadaan kesihatan anda.

Tanya tentang program berat badan

Proses

Dari pertanyaan hingga pulih

  1. Tanya atau datang terus

    WhatsApp gambar atau terangkan masalah anda, atau datang walk-in bila-bila masa.

  2. Pemeriksaan doktor

    Doktor periksa, terangkan pilihan rawatan, risiko dan kos sebelum apa-apa dibuat.

  3. Prosedur di klinik

    Dengan bius setempat. Jika sesuai, prosedur boleh dibuat pada hari yang sama atau pada temujanji pilihan anda.

  4. Pulang dan susulan

    Anda pulang pada hari yang sama dengan arahan penjagaan luka, dan datang semula untuk semakan atau buka jahitan.

Doktor kami

Pasukan doktor Klinik Mekar

Doktor berdaftar yang bertugas secara bergilir supaya klinik kekal buka 24 jam.

  • Gambar Dr. Husain Ariff

    Dr. Husain Ariff

    MBBS · Occupational Health Doctor (OHD)

    Pembedahan kecil, rawatan sendi dan kesihatan pekerjaan

  • Gambar Dr. Syafiq

    Dr. Syafiq

    MBBCh

    Berpengalaman sebagai resident dalam pembedahan plastik

  • Gambar Dr. Ashekin

    Dr. Ashekin

    MBBCh

    Berpengalaman dalam O&G dan perubatan keluarga

  • Gambar Dr. Nusaibatul

    Dr. Nusaibatul

    MBBCh

    Berpengalaman dalam pediatrik dan perubatan keluarga

MBBS / MBBCh: Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery).

TikTok

Tonton kami di TikTok

Prosedur di klinik, tips kesihatan dan kisah di sebalik tabir, terus dari doktor kami.

Ikuti klinik, Dr. Husain dan Dr. Syafiq di TikTok. Klinik juga ada di:

Lokasi & waktu

Datang ke klinik

Alamat
A-G-3A, A-G5 Jalan SP 4/1, Seksyen 4, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu
24 jam, setiap hari termasuk cuti umum
Telefon
03-8957 9578 (talian tetap)
011-6999 9443 (panggilan & WhatsApp)
Parking
Di depan klinik, biasanya mudah dapat
Bangunan Klinik Mekar 24 Jam dengan papan tanda merah dan parking di hadapan Pintu masuk kecemasan Klinik Mekar

Soalan lazim

Sebelum anda datang

Perlu buat temujanji dahulu?

Tidak perlu untuk rawatan am, anda boleh datang walk-in pada bila-bila masa. Untuk prosedur, lebih baik WhatsApp dahulu supaya kami boleh sediakan masa dan doktor yang sesuai. Anda juga boleh tempah secara dalam talian.

Adakah prosedur ini sakit?

Kawasan rawatan dibius setempat, jadi anda akan rasa cucukan jarum di awal sahaja. Semasa prosedur anda mungkin rasa tekanan atau tarikan tetapi tidak sakit. Ubat tahan sakit diberi untuk dibawa pulang.

Boleh buat prosedur pada hari yang sama saya datang?

Untuk banyak kes, ya, selepas doktor memeriksa dan anda bersetuju. Ada kes yang memerlukan ujian atau persediaan tambahan, dan doktor akan beritahu anda.

Berapa kos rawatan?

Kos bergantung pada jenis, saiz dan lokasi masalah. Doktor akan memaklumkan anggaran kos selepas pemeriksaan dan sebelum prosedur dimulakan. Anda boleh WhatsApp gambar untuk pertanyaan awal.

Perlu ambil cuti selepas prosedur?

Kebanyakan pesakit boleh kembali ke aktiviti ringan dalam masa satu atau dua hari. Doktor akan beri sijil sakit (MC) jika perlu, bergantung pada prosedur dan kerja anda.

Bagaimana jika benjolan saya perlu rawatan hospital?

Jika pemeriksaan menunjukkan masalah anda lebih sesuai dirawat di hospital, doktor akan menerangkan sebabnya dan menyediakan surat rujukan.